ehebahan jpnns

Saturday 10 September 2016

Trial SPM Prinsip Perakaunan 2016

Soalan Trial SPM Prinsip perakaunan...Klik

Latihtubi...Klik

Sumber:  internet

Saturday 16 July 2016

Tuesday 28 June 2016

Penarafan kebersihan tandas sekolah

Contoh format borang penarafan kebersihan  tandas sekolah... klik disini

Saturday 28 May 2016

Tuesday 19 April 2016

Thursday 14 April 2016

Program My Lesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk murid sekolah

Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan program My Lesen untuk golongan belia dan termasuklah murid-murid sekolah yang berumur 16 tahun keatas dengan bayaran RM299.  Bayaran ini termasuklah ceramah pendidikan undang-undang keselamatan jalan raya dan memeliki lesen motosikal Kelas B2 secara sah.
Maklumat lanjut..layari laman web  Klik

Saturday 9 April 2016

Tata cara tindakan kes ponteng sekolah


 1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu.

 2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.

 3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

 4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

 5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua. 

 6. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

 7. Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat peringatan adalan seperti berikut:

Surat
Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama
pada hari ke-3
pada hari ke-10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Pertama
10 hari lagi selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari lagi selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah
14 hari selepas Amaran Ketiga
20 hari lagi selepas Amaran Ketiga
Jumlah Hari Tidak Hadir
31 hari berturut-turut
60 hari bukan berturut-turut

Rujukan...SPI 1995

Contoh surat aku janji sekolah...klik
Contoh surat aku janji asrama...klik

Contoh surat amaran...Klik

Prinsip Perakaunan - Projek Kertas 3 tingkatan 5 (SPM) tahun 2016

1 April -31 Mei 2016
 SOALAN..Klik
Panduan pelaksanaan...Klik

Keputusan Peperiksaan SPM 2015 (Asrama)

Enrolmen Asrama 1 April 2016

Sunday 31 January 2016

Syarat dan kelayakan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Tahun 2016

*  Warga negara Malaysia
*  Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia.
*  Bersekolah di sekolah Kerajaan dan sekolah Bantuan Kerajaan.
*  Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2016
    dikalangan isi rumah berpendapatan  bulanan kasar sebanayak RM3000 dan kebawah Pengesahan pendapatan ibu/bapa/penjaga hendaklah disertakan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan (contoh seperti Lampiran B, surat siaran)





Kadar bantuan  ialah RM100 bagi setiap murid.

Tarikh pembayaran:  Dibuat secara berperingkat mulai:  20 Januari 2016

Surat Siaran:  Klik disini

Semoga  bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan kewangan keluarga bagi anak-anak kita yang masih bersekolah.


Friday 8 January 2016

Enrolment murid sehingga 8 Januari 2016

Instrumen Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah 2016...Klik