Friday, 10 October 2014
Pelaksanaan kursus I-Think dalam talian (KIDT) ditangguh ke tahun 2015
Harap semua guru yang berkaitan dapat menarik sedikit nafas lega..Klik
Sunday, 5 October 2014
Saturday, 4 October 2014
Virus penggodam ATM dikenal pasti
Virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram.
Symantec Corporation (Syarikat keselamatan internet) berpendapat, Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas. Berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Virus ini juga membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.
Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula
Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang,
Polis semalam mengenal pasti sindiket menggodam ATM yang dikesan sejak Jumaat lalu menggunakan virus sama iaitu ulssm.exe untuk mengeluarkan wang. Kumpulan berkenaan mensasarkan ATM model lama jenis NCR yang mudah digodam.
Anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah melebihi RM3 juta.
Polis juga sudah mengenalpasti beberapa suspek menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin.
Tuesday, 30 September 2014
Bahan pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum
klik di bawah...
borang rumusan ekstra kurikulum
buku panduan segak
SPI BIL 4 2008
Dami: klik
buku panduan segak
SPI BIL 4 2008
Lepas tu log in disini...

Dami: klik
Saturday, 27 September 2014
Tiada jual di kedai... Index jisim badan(BMI) anda
Index jisim badan atau disebut juga sebagai Body Mas Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu.Ukur berat badan anda adalah dalam kilogram (KG) dan tinggi dalam meter (M)
BMI = Berat (KG)
Tinggi (M) X Tinggi (M)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah lihat carta
dibawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Atau anda boleh juga Klik disini...
Apa gunanya ada duit bertingkek-tingkek kalau badan tak sihat...kesihatan diri, sendiri mau tau beb!
Thursday, 25 September 2014
Hanya 1 klik duit dalam akaun bank tinggal "O"
Taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
Malware ini akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pada telefon pintar mereka. Setelah berjaya daftar masuk, malware ini akan memaparkan pautan palsu yang meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dalam tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat.
Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
Sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ini berada di Lembah Klang.
Nilai kerugian yang paling banyak setakat ini ialah sebanyak RM10,000 yang berlaku di Bukit Merah, Perak, ujarnya.
Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.
Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yang menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine.
Beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.
Berfikir sebelum memuat turun sebarang fail atau program serta pastikan sumber tersebut adalah yang sebenar.

Wednesday, 24 September 2014
Jalan atas tali setinggi 200 meter tanpa alat keselamatan
Julian Mittermaier (dari German) berusia 21 tahun mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter dengan ketinggian hampir 200 meter dari atas tanah selama 40 minit, tidak memakai sebarang alat keselamatan di laluan merentangi Empangan Mauvoisin (Switzerland)…Ada berani ke nak ikut aksi macam dia ni
Subscribe to:
Posts (Atom)

_pic.png)