ehebahan jpnns

Monday 7 October 2013

Latihan ke Kejohanan Piala Menteri Pelajaran 1M1S Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu bermula

Latihan untuk persediaan ke Kejohanan Piala Menteri Pelajaran  1M1S bagi pasukan SMK DUSAJ Peringkat Daerah Jempol dan Jelebu bagi Permainan Futsal Kategori Lelaki telah bermula jam 5.00 petang tadi.  Seramai 15 orang pelajar telah turun menjalani latihan dengan dibantu oleh seramai  4 orang guru lelaki.

Bagi pasukan permainan bola jaring, latihan dijalankan secara bersendirian dikalangan pelajar.  Syabas diucapkan kepada pelajar kerana masih bersemangat menjalani latihan walaupun tanpa bimbangan guru.

Kejohanan Piala Menteri Pelajaran 1M1S sukan permainan futsal dan bola jaring peringkat daerah Jempol dan Jelebu akan bermula pada hari Rabu bersamaan 9 Oktober 2013, bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang yang  bertempat di Kompleks Rakan Muda, Bandar Baru Serting.

1 comment:

  1. Trade FX At Home On Your PC: osprey fx login Is A Forex Trading Company. The Company States That You Can Make On Average 80 – 300 Pips Per Trade. Meta Fx Global States That It Is Simple And Easy To Get Started.

    ReplyDelete