ehebahan jpnns

Friday, 18 September 2015

Disiplin murid sekolah, salah dan tanggung jawab siapa ya?

Adakah masyarakat hari ini menyedari atau tidak dengan fenomena keruntuhan akhlak dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar atau dalam kebingungan memikirkan jalan penyelesaiannya. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah ini? Bagaimanakah pula peranan ibu bapa dan keluarga atau kesilapan ini berpunca daripada masyarakat hari ini yang diibaratkan bak pepatah Melayu menyatakan 'jangan jaga tepi kain orang lain atau umpama enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing?’

 Segala persoalan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan,tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di samping itu, institusi keluarga dan masyarakat perlulah peka terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak,semua patut sedar dan insaf betapa kemerosotan disiplin ini sintem ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan secara formal atau tidak formal. Pihak ibu bapa seharusnya tidak menyalahkan pihak sekolah dan pihak sekolah pula tidak menuding jari fenomina ini berlaku disebabkan kesilapan ibu bapa. Setiap insan sepatutnya mengambil tanggungjawab dalam membendung gejala ini tanpa memilih bulu.

Semasa di sekolah guru-guru perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh minat dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Guru-guru janganlah sambil lewa dalam proses pendidikan ini. Murid-murid sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius,apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh temeh,seperti menghisap rokok dan lambat masuk ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks yang tidak formal pula ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Bayangkanlah konflik jiwa anak-anak jika ibu bapa setiap hari menghantar anak-anak ke kelas fardu ain tetapi tanpa disedari anak yang tajam pemerhatiannya menyaksikan ibu bapanya sendiri tidak pernah mengerjakan solat. Selain itu ibu bapa tidak pernah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak baik dari segi perbuatan,pakaian mahupun dari segi pertuturan. Fikirkanlah wahai ibu bapa sekalian, anak-anak ibarat kain putih jika kita tidak mencorakkan dengan cantik begitulah keadaannya yang berlaku.

Sistem pendidikan di sekolah tidak boleh dipersalahkan 100% dalam permasalahan ini. Banyak sifat negatif berakar umbi daripada pendidikan dalam keluarga, terutamanya keluarga yang porak peranda dengan seribu satu masalah turut sebagai penyumbangnya. Kegagalan seperti ini perlu dibedah siasat supaya barah ini tidak terus merebak dan menjadi bertambah serius.

Masyarakat dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah masalah ini. Sikap masyarakat kini yang terlalu mementingkan materialistik dan masing-masing membuat hal sendiri menjadikan penyakit ini bertambah menular. Masyarakat yang berasa mangsa bukan anak dia, bukan saudara dia, inilah yang menyebabkan masalah disiplin sukar dibendung di kalangan murid-murid.

Selain itu, faktor segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga menyebabkan masalah ini semakin membarah. Ibu bapa yang terlalu menatang anaknya bagai minyak yang penuh menyebabkan guru-guru sukar untuk membentuknya. Sekiranya guru memukul anak-anak mereka, ibu bapa terus datang ke sekolah dan menyalahkan guru tanpa diusul periksa. Fenomena ini menyebabkan guru-guru takut untuk menegur atau mendisiplinkan pelajar kerana bimbang ibu bapa akan datang menyerangnya di sekolah.

Jika berlaku keadaan yang sedemikian siapakah lagi yang patut dipersalahkan ? Barah ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk perlulah dibedah siasat dengan segera berdasarkan pertimbangan terhadap pelbagai faktor seperti keperibadian guru,kesahihan sistem pendidikan,ibu bapa dan keprihatinan masyarakat. Penilaian yang sahih dan saksama dengan mengenepikan unsur sentimen dan prejudis bakal membuka ruang ke arah penyelesaian yang lebih mantap.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian siapakah yang bertanggungjawab. Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya iman, adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar memenuhi tuntutan hidup semata-mata? 

Fikirkanlah,semoga penyelesaian yang baik dapat dicari agar rambut dapat ditarik keluar dan tepong tidak bertaburan dari dalam pinggan

Wednesday, 16 September 2015

Jerebu mungkin boleh membahayakan

Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu Isu ini sudah semacam menjadi rutin yang muncul setiap tahun tanpa dapat dikawal mahupun dikurangkan. Disebabkan ia kerap berlaku, kita seakan-akan tidak kisah mengenai hal ini.

 Jerebu itu apa?

Jerebu adalah keadaan kualiti udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak penglihatan. Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bahan pencemaran yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter Ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

SKALA KUALITI UDARA


Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.

TIP PENCEGAHAN

1. Kurangkan aktiviti luar. Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari. Cari altenatif lain untuk melakukan senaman di rumah.

 2. Sentiasa gunakan topeng pernafasan apabila keluar rumah. Sebaiknya, kurang¬kan merokok kerana asap rokok dan udara yang disedut akan memburukkan lagi tahap kesihatan.

3. Banyakkan minum air sekurang-kuranya dua liter sehari dan selalulah membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.

 4. Jika petanda buruk berlarutan, dapatkan khidmat nasihat doctor atau pegawai perubatan supaya anda dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Sunday, 13 September 2015

Panduan am dan kelemahan umum calon

Panduan Am

Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:
1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang        baru.
2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
 4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.
7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
 8. Peruntukkan masa bagi menjawab sesuatu soalan sesuai dengan peruntukan markah bagi soalan berkenaan.
9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
 10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
 13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.

Kelemahan-kelemahan Umum Calon

 Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:
1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
3. Cuai dalam membuat pengiraan.
4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
 6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
 10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.
11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
12 . Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.
13.  Butiran dan angka tidak ditulis di baris yang sama
14.  Butiran ditulis dengan perkataan singkatan, contoh:  Susut nilai terkumpul ditulis sebagai SNT,          Peruntukan Hutang Ragu ditulis sebagai PHR.

Sumber:  mbsskl

Prinsip Perakaunan Modul ulangkaji

Pelarasan belanja dan hasil peperiksaan percubaan SPM 2014 Pulau Pinang...Klik
Pelarasan belanja dan hasil peperiksaan percubaan SPM 2014 Kedah...Klik
Penyata kewangan milikan tunggal peperiksaan percubaan SPM 2014 MRSM...Klik
Modul ulangkaji SPM 2012 (gabung tajuk)...Klik
Belanjawan tunai peperiksaan percubaan SPM 2014 BTV...Klik
Akaun kawalan peperiksaan percubaan SPM 2014 N9...Klik

Sumber:  Blog Cg. Lan

Koleksi soalan SPM topikal kertas 1 Prinsip Perakaunan  2004 -2014...klik disini
Sumber:  blog Cg. Lan