Panduan Am
Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:
1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang        baru.
2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
 4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu 
    dibuat.
7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
 8. Peruntukkan masa bagi menjawab sesuatu soalan sesuai dengan peruntukan markah bagi soalan   
    berkenaan.
9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas
     jawapan yang digunakan.
 10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas 
      soalan.
12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak 
      latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
 13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika 
      menjawab soalan.
Kelemahan-kelemahan Umum Calon
 Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun
 yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:
1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
3. Cuai dalam membuat pengiraan.
4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
 6.  Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
8.  Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa
 mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
 10.  Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan 
di dalam soalan dengan teliti.
11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
12   . Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.
13.  Butiran dan angka tidak ditulis di baris yang sama
14.  Butiran ditulis dengan perkataan singkatan, contoh:  Susut nilai terkumpul ditulis sebagai SNT,          Peruntukan Hutang Ragu ditulis sebagai PHR.
Sumber:  mbsskl
 
 
No comments:
Post a Comment