ehebahan jpnns

Sunday, 9 November 2014

Sesat di Gunung Datuk ditemui selamat

Glausia ap Gayan, 20, berasal dari Sarawak, seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL cawangan Alor Gajah Melaka, mendaki gunung seorang diri telah ditemui dalam keadaan selamat malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (Bomba Negeri Sembilan) pada ketinggian kira-kira 263 meter yang tersesat di Gunung Datuk, Rembau.


Adalah berbahaya melakukan ekpedisi sebegini seorang diri, lebih-lebih lagi perempuan. Tetapi beliau seorang yang bernasib baiklah juga kerana membawa telefon bimbit dan dapat menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan. Bagaimana sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan jika kawasan berkenaan tiada liputan hubungan telefon bimbit...hujan lak lagi tu

Gambar hiasan

Friday, 10 October 2014

Saturday, 4 October 2014

Virus penggodam ATM dikenal pasti

Virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram. 

Symantec Corporation (Syarikat keselamatan internet) berpendapat, Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas. Berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Virus ini juga membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan. 

Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula 

Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang, 

Polis semalam mengenal pasti sindiket menggodam ATM yang dikesan sejak Jumaat lalu menggunakan virus sama iaitu ulssm.exe untuk mengeluarkan wang. Kumpulan berkenaan mensasarkan ATM model lama jenis NCR yang mudah digodam.

 Anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah melebihi RM3 juta. 

Polis juga sudah mengenalpasti beberapa suspek menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin. 


Saturday, 27 September 2014

Tiada jual di kedai... Index jisim badan(BMI) anda

Index jisim badan atau disebut juga sebagai Body Mas Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang.  BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu.

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, kiraan BMI boleh dibuat seperti berikut:

Ukur berat badan anda adalah dalam kilogram (KG) dan tinggi dalam meter (M)

BMI =  Berat (KG)
            Tinggi (M) X Tinggi (M)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah lihat carta
dibawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.












Atau anda boleh juga Klik disini...

Apa gunanya ada duit bertingkek-tingkek kalau badan tak sihat...kesihatan diri, sendiri mau tau beb!