Gambar hisan |
Badan kawal selia dan industri kewangan dilihat perlu bersedia untuk menangani ancaman siber yang semakin canggih.
Risiko keselamatan siber sememangnya kompleks dan ancaman ini benar-benar wujud dan boleh membawa implikasi buruk kepada institusi kewangan dan pengguna sekiranya tidak diatasi dengan berkesan.
Kos akibat insiden ini dianggarkan mencecah AS150 Juta (RM480 Juta) bagi satu serangan siber. Ini menunjukkan sejumlah angka yang amat besar.
Institusi kewangan mengendalikan sistem pembayaran kritikal dan menyimpan maklumat pelanggan adalah menjadi sasaran serangan keselamatan siber.
Penggunaan teknologi digital lebih canggih bagi semua sistem utama seperti platform perdagangan, gudang data dan perbankan internet, memperkenalkan sumber baru bagi isu keselamatan siber untuk menjadikan lebih sistematik adalah perlu.
Penggunaan teknologi terkini yang semakin meluas juga mendedahkan institusi kewangan kepada risiko keselamatan siber baharu yang perlu difahami dengan lebih baik, katanya.
No comments:
Post a Comment