ehebahan jpnns

Monday, 25 August 2014

Kepala ular tedong yang telah dipotong boleh mematuk hingga menyebabkan maut

Guangzhau:  Peng Fan seorang tukang masak dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedong.  Restoren berkenaan memang terkenal bagi menyediakan hidangan menggunakan ular tedong Indochina.  Dia mati dipatok oleh kepala ular berkenaan selepas 20 minit kepala ular itu dipotong dan dipisah dari badannya untuk dimasak.

Media melaporkan Peng hendak membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah ketika dia dipatuk.  Badan ular itu biasanya dimasak sup dan kepalanya dibuang.

Seorang pelanggan restoren, Lin Sun berkata, dia datang bersama isterinya ke restoren itu untuk meraikan hari lahir apabila keadaan tiba-tiba menjadi kecoh.  "Kami nampak ada diantara perkerja menghubungi doktor.  Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia."Katanya.

Mangsa patukan ular tedong Indochina biasanya akan mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.

Jurucakap polis berkata "Kejadian ini adalah kes luar biasa tetapi dikategori sebagai kemalangan.
Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng.  Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu tetapi malangnya tidak sempat untuk diberikan." Katanya.

Pakar ular, Yang Hong Chan berkata, "Semua reptilia boleh hidup selama 1 jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.  Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah.  Apabila kepala ular dipotong,sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan mampu mematuk" katanya. - Agensi



No comments:

Post a Comment