ehebahan jpnns

Thursday, 24 December 2015

Pendaftaran Tingkatan 1 2016


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang memilih sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di peringkat sekolah menengah.  Adalah diingatkan supaya menulis butiran yang diperlukan terlebih dahulu borang SSM dan borang asrama (ditawarkan sahaja) yang diberi secara terus atau melalui pos.Di hari pendaftaran adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan  dokumen berikut di hari  pendaftaran:

1.  Salinan kad pengenalan anak (murid), ibu dan bapa/penjaga
2.  Salinan slip gaji ibu dan bapa/penjaga
3.  Rekod kesihatan (daripada sekolah rendah)
4.  Borang SSM yang telah ditulis dengan lengkap
5.  Borang Asrama
6.  Salinan keputusan Peperiksaan UPSR
7.  BIl TNB  atau bil air (alamat tempat kediaman)
8. Empat keping gambar berukuran paspot

Atur cara hari pendaftaran:

7.30  pagi        Kehadiran guru
8.15  pagi        Kehadiran pelajar baru tingkatan 1 bersama ibu, bapa/penjaga
8.35 pagi         Taklimat pengetua - Penilaian berasaskan sekolah (PBS)
8.50 pagi         Pendaftaram kelas bermula
                        Pengagihan buku teks
10.30 pagi       Pembelian barangan di Koperasi

Pendaftaran asrama:

Tempat:          Dewan Makan Asrama
10.30 pagi      Taklimat Pengetua
10.45 pagi      Pendaftaran asrama - pelajar baru
1.00 ptg          Pembelian barangan di Koperasi Asrama
1.05 ptg          Tamat sesi pendaftaran - penjaga meninggalkan asrama
1.20 ptg          Solat Zohor
1.30 ptg          Makan tengahari
3.00 ptg          orentasi pelajar asrma


   Draft senarai nama murid tingkatan 1:

Tingkatan 1 Lavenda ...Klik disini
 Senarai semak 1 lavendar..Klik disini

Tingkatan 1 Alamanda... Klik disini
Senarai semak 1 Alamanda...  Klik disini

Tingkatan 1 Ixora...  Klik disini
 Senarai semak 1 Ixora... Klik disini


AJK Pendaftaran  Klik disini

Down Load Borang  SMM Klik disini



Monday, 26 October 2015

Friday, 18 September 2015

Disiplin murid sekolah, salah dan tanggung jawab siapa ya?

Adakah masyarakat hari ini menyedari atau tidak dengan fenomena keruntuhan akhlak dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar atau dalam kebingungan memikirkan jalan penyelesaiannya. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah ini? Bagaimanakah pula peranan ibu bapa dan keluarga atau kesilapan ini berpunca daripada masyarakat hari ini yang diibaratkan bak pepatah Melayu menyatakan 'jangan jaga tepi kain orang lain atau umpama enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing?’

 Segala persoalan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan,tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di samping itu, institusi keluarga dan masyarakat perlulah peka terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak,semua patut sedar dan insaf betapa kemerosotan disiplin ini sintem ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan secara formal atau tidak formal. Pihak ibu bapa seharusnya tidak menyalahkan pihak sekolah dan pihak sekolah pula tidak menuding jari fenomina ini berlaku disebabkan kesilapan ibu bapa. Setiap insan sepatutnya mengambil tanggungjawab dalam membendung gejala ini tanpa memilih bulu.

Semasa di sekolah guru-guru perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh minat dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Guru-guru janganlah sambil lewa dalam proses pendidikan ini. Murid-murid sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius,apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh temeh,seperti menghisap rokok dan lambat masuk ke kelas untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks yang tidak formal pula ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Bayangkanlah konflik jiwa anak-anak jika ibu bapa setiap hari menghantar anak-anak ke kelas fardu ain tetapi tanpa disedari anak yang tajam pemerhatiannya menyaksikan ibu bapanya sendiri tidak pernah mengerjakan solat. Selain itu ibu bapa tidak pernah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak baik dari segi perbuatan,pakaian mahupun dari segi pertuturan. Fikirkanlah wahai ibu bapa sekalian, anak-anak ibarat kain putih jika kita tidak mencorakkan dengan cantik begitulah keadaannya yang berlaku.

Sistem pendidikan di sekolah tidak boleh dipersalahkan 100% dalam permasalahan ini. Banyak sifat negatif berakar umbi daripada pendidikan dalam keluarga, terutamanya keluarga yang porak peranda dengan seribu satu masalah turut sebagai penyumbangnya. Kegagalan seperti ini perlu dibedah siasat supaya barah ini tidak terus merebak dan menjadi bertambah serius.

Masyarakat dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah masalah ini. Sikap masyarakat kini yang terlalu mementingkan materialistik dan masing-masing membuat hal sendiri menjadikan penyakit ini bertambah menular. Masyarakat yang berasa mangsa bukan anak dia, bukan saudara dia, inilah yang menyebabkan masalah disiplin sukar dibendung di kalangan murid-murid.

Selain itu, faktor segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak juga menyebabkan masalah ini semakin membarah. Ibu bapa yang terlalu menatang anaknya bagai minyak yang penuh menyebabkan guru-guru sukar untuk membentuknya. Sekiranya guru memukul anak-anak mereka, ibu bapa terus datang ke sekolah dan menyalahkan guru tanpa diusul periksa. Fenomena ini menyebabkan guru-guru takut untuk menegur atau mendisiplinkan pelajar kerana bimbang ibu bapa akan datang menyerangnya di sekolah.

Jika berlaku keadaan yang sedemikian siapakah lagi yang patut dipersalahkan ? Barah ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk perlulah dibedah siasat dengan segera berdasarkan pertimbangan terhadap pelbagai faktor seperti keperibadian guru,kesahihan sistem pendidikan,ibu bapa dan keprihatinan masyarakat. Penilaian yang sahih dan saksama dengan mengenepikan unsur sentimen dan prejudis bakal membuka ruang ke arah penyelesaian yang lebih mantap.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian siapakah yang bertanggungjawab. Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya iman, adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar memenuhi tuntutan hidup semata-mata? 

Fikirkanlah,semoga penyelesaian yang baik dapat dicari agar rambut dapat ditarik keluar dan tepong tidak bertaburan dari dalam pinggan

Wednesday, 16 September 2015

Jerebu mungkin boleh membahayakan

Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu Isu ini sudah semacam menjadi rutin yang muncul setiap tahun tanpa dapat dikawal mahupun dikurangkan. Disebabkan ia kerap berlaku, kita seakan-akan tidak kisah mengenai hal ini.

 Jerebu itu apa?

Jerebu adalah keadaan kualiti udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak penglihatan. Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bahan pencemaran yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter Ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

SKALA KUALITI UDARA


Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.

TIP PENCEGAHAN

1. Kurangkan aktiviti luar. Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari. Cari altenatif lain untuk melakukan senaman di rumah.

 2. Sentiasa gunakan topeng pernafasan apabila keluar rumah. Sebaiknya, kurang¬kan merokok kerana asap rokok dan udara yang disedut akan memburukkan lagi tahap kesihatan.

3. Banyakkan minum air sekurang-kuranya dua liter sehari dan selalulah membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.

 4. Jika petanda buruk berlarutan, dapatkan khidmat nasihat doctor atau pegawai perubatan supaya anda dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Sunday, 13 September 2015

Panduan am dan kelemahan umum calon

Panduan Am

Berikut adalah beberapa panduan am peperiksaan yang boleh digunakan bagi menjawab soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:
1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang        baru.
2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
 4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.
7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
 8. Peruntukkan masa bagi menjawab sesuatu soalan sesuai dengan peruntukan markah bagi soalan berkenaan.
9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
 10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
 13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.

Kelemahan-kelemahan Umum Calon

 Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:
1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
3. Cuai dalam membuat pengiraan.
4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
 6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
 10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.
11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
12 . Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.
13.  Butiran dan angka tidak ditulis di baris yang sama
14.  Butiran ditulis dengan perkataan singkatan, contoh:  Susut nilai terkumpul ditulis sebagai SNT,          Peruntukan Hutang Ragu ditulis sebagai PHR.

Sumber:  mbsskl

Prinsip Perakaunan Modul ulangkaji

Pelarasan belanja dan hasil peperiksaan percubaan SPM 2014 Pulau Pinang...Klik
Pelarasan belanja dan hasil peperiksaan percubaan SPM 2014 Kedah...Klik
Penyata kewangan milikan tunggal peperiksaan percubaan SPM 2014 MRSM...Klik
Modul ulangkaji SPM 2012 (gabung tajuk)...Klik
Belanjawan tunai peperiksaan percubaan SPM 2014 BTV...Klik
Akaun kawalan peperiksaan percubaan SPM 2014 N9...Klik

Sumber:  Blog Cg. Lan

Koleksi soalan SPM topikal kertas 1 Prinsip Perakaunan  2004 -2014...klik disini
Sumber:  blog Cg. Lan

Sunday, 29 March 2015

Saturday, 14 March 2015

Thursday, 12 March 2015

Kejohanan Bola Tampar MSS Negeri Sembilan 2015


Tarikh:  14 April -16 April 2015
Tempat:  Gelanggang Pusat Paroi, Seremban 
Pengelola:  SMK Dato' Udang Syed Ali Al-Jufri (DUSAJ)

sumber: Mr Chin Kim Siong
PT Bola Tampar NS

Sunday, 8 March 2015

Pengertian KBAT - Kemahiran berfikir aras tinggi

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan reflaksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu...

Kegiatan Ko Kurikulum juga tidak terkecuali daripada   penyerapan konsep KBAT dikalangan murid-murid yang menyertai  aktiviti yang dianjurkan.

Jadikan  kemahiran berfikir 1 budaya.

Lagi bab  KBAT disini...Klik

Saturday, 28 February 2015

Penyakit suhu panas (heat strok)

APA ITU STROK HABA
Maksud Heat Stroke atau Definisi Strok Haba adalah beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba yang serupa yang paling serius. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ. Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke)

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Strok haba tradisional terbahagi ke dalam jenis exertional dan klasik, dibezakan oleh etiologi asas. Strok haba Exertional biasanya berlaku pada individu yang lebih muda sukan yang bersenam dengan bersungguh-sungguh dalam haba sehingga mekanisme penyejukan biasa badan terharu. Classic strok haba lebih kerap berlaku pada individu yang lebih tua atau orang-orang dengan penyakit asas yang terdedah kepada suhu melampau alam sekitar dan / atau kelembapan. Satu lagi jenis kurang biasa strok haba adalah kelengar kena matahari (strok haba yang disebabkan oleh pendedahan langsung kepada matahari). 


RISIKO STROK HABA
 Siapakah yang berisiko diserang Strok Haba? Secara umumnya, pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90 ° F (32.2 ° C) atau kelembapan melebihi 60% membentangkan risiko terbesar membangunkan penyakit yang berkaitan dengan haba. Walau bagaimanapun, penyakit haba boleh berlaku di bawah persekitaran yang lebih sederhana dalam obes kerana mekanisme penyejukan yang tidak mencukupi. Geografi, strok haba dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan haba yang paling kerap berlaku di kawasan-kawasan dengan suhu udara yang tinggi. 
Menurut pakar, suhu yang tinggi boleh mengundang kepada kompilasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sesorang itu koma dan boleh mengundang maut.

 Simpton strok haba
 Tanda-tanda awalnya ialah sakit kepala (berdenyut), mual, kurang berpeluh walaupun ketika suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Selain itu, tanda tanda lain yang dikenalpasti ialah kejang dan lemah otot, muntah, kulit kering dan kemerahan, pitam dan sawan. 

 Beberapa langkah yang boleh diambil jika seseorang itu dikenalpasti mendapat strok haba ialah dengan meletakkannya di tempat yang teduh, memasang kipas kepadanya, mengelap tubuhnya dengan tuala lembap, atau merendamkan badan ke dalam kolam air. Mengurangkan aktiviti di luar dan kerap meminum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Friday, 27 February 2015

Kejohanan MSS Bola Tampar (sekolah menengah) Daerah Jelebu

Pengelola:  SMK DATO' UNDANG SYED ALI AL-JUFRI (DUSAJ)
Tarikh: 9 Mac hingga 10 Mac 2015
Hari:  Isnin hingga Selasa
Masa:  8.00 pgi - 5.00 ptg.
            Hari Selasa:  Majlis  Penutup - 1.00 ptg
Tempat:  Gelanggang Bola Tampar SMK DUSAJ

Kategori:

Lelaki bawah 18 tahun
Lelaki bawah 15 tahun

Perempuan bawah 18 tahun
Perempuan bawah 15 tahun

Peserta:

1.  SMK DUSAJ
2.  SMK Undang Jelebu
3. MRSM, Kuala Klawang
4. Kolej Vokasional, Kuala Klawang
5. SMA DATA
6. SMK Pertang
7. SMK Teriang Hilir

AJK KERJA PENGELOLAAN BOLA TAMPAR  MSS DJ 2015

JADUAL PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSS DAERAH JELEBU2015

Ukuran gelanggan bola tampar

Peraturan Permainan Bola Tampar (sekolah menengah)....Klik
Modul latihan bola tampar....Klik

Wednesday, 25 February 2015

Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2015

Tarikh:  25 April 2015
Hari:  Sabtu
Masa:  8.00 - 7.00 petang
Tempat:  SMK Dato' Mansor



Sumber pembiayaan:  
1.  Peruntukan Aktiviti Asrama, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
2.  Peruntukan Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) - Berdasarkan maklumat SMA pada 31 Oktober 2014.

-Enrolmen murid asrama 100 dan ke bawah = RM400
-Enrolmen murid asrama 101 dan ke atas     = RM600

Monday, 23 February 2015

Aktiviti Ko-Ku 23 Feb - 27 Feb 2015

23 Feb (Isnin)
A. Samb....Latihan Pusat Sepaktakraw
Tempat: SK Petasih
Pelajar terpilih:
 L18: 2 orang
 L15: 2 orang
 Guru:
 1. En. Mohd, Faris b Mohd Saie
2. En. Mohd Haris b Hasan
 B. Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Jelebu Kali Pertama Tempat: Bilik Mesy. SMA DATA
Masa: 2.30 ptng
 Guru: En. Shahrizal b Husin

 24 Feb (Selasa)
 A. Samb... Latihan Pusat Bola Keranjang
Tempat: Gelanggang Bola Keranjang HOSAPA, Titi.
 B. Kejohanan MSS NS Sepaktakraw bermula
Tempat: Gelanggang Pusat Seremban
 Guru:
 Mohd Faris b Mohd Saie

C.Taklimat Jawatankuasa Pengelola MTQSS Daerah Jelebu Tahun 2015
Tempat:  SMA Dato Hj Tan Ahmad
Masa:  2.30 ptg
Guru:  Rahman b Mohammad

 25 Feb (Rabu)
A. Kejohanan MSS NS Bola Keranjang
 Tempat: SJKC Chung Hwa
 Pelajar terlibat: L18: 2 orang
 P18: 3 orang
 Guru:
1. Cik Siow Yok Fong
2. Pn. Ng Suat Cheng

B.  Mesyuarat Penyelarasan Karnival KoKurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri 2015
Tempat:  Bilik Mesy SMK Dato' Mansor
Masa:  2.00 ptg
Guru:  Rahman b Mohammad

C.  Kejohanan Bola Baling MSS NS
Tarikh: 25, 26 Feb. 2015
Tempat:  USIM(Universiti Sains Islam Malaysia), Nilai
Pelajar terlibat:
P18:  4 orang

Guru:
1. Pn Suriati bt Zainudin
2. Pn Mashitah bt Ismail

D.  Latihan permainan Pantunqe
Tempat:  Kolej Komoditi
Masa:  3.00 ptg
Pelajar terlibat
L: 3 orang
P:  3 orang
Guru:
1.  En. Zulkhairie b Mat Hasan
2. Pn. Seri Mahani bt Mohd Hamin

E.  Kejohanan Sepaktakraw  MSS NS
Tarikh: 25, 26 Feb. 2015
Tempat:  Gelanggang Pusat Paroi, Seremban
Pelajar terlibat:
L18:  2 orang
L15:  2 orang

Guru:
1. En  Mohd Haris b Hasan
2. Pn Mashitah bt Ismail

Saturday, 21 February 2015

Aktiviti Ko-Ku 16 Feb 20 Feb 2015


16 Feb 2015
Latihan Pusat Pasukan Bola Baling Daerah Jelebu
Tempat:  SMK Teriang Hilir

Pelajar terlibat:
P18:  3 orang
L18:  1 orang

Guru:
Pn. Suriati bt Zainudin

Samb... Latihan Pusat Pasukan Bola Keranjang Daerah Jelebu

Samb... Latihan Pusat Pasukan Sepaktakraw Daerah Jelebu

Cuti persekolahan:  Mulai 17 Feb 2015

Tahun Baru Cina:  19 Febuari 2015


Kegiatan Ko-Ku 9 Feb hingga 13 Febuari 2015

9 Feb - 10 Feb 2015
Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Jelebu
Tempat:  SMK Triang Hilir
P18 (12 peserta):  Tempat Kedua
L18 (12 peserta): Tempat keempat (Kalah Toss Coine)

Guru:
1.  Pn. Suriati bt Zainudin
2.  Pn. Mashitah bt Ismail
3.Cik Norhazilah bt  Mohd Idris

10 Feb -12 Feb 2015
Latihan Pusat SepakTakraw Pasukan Daerah Jelebu
Tempat:  SK Petasih
13 Feb 2015
Tempat:  Dewan Orang Ramai Simpang Pertang
Murid terlibat:
3 orang L18
3 orang L15
Terpilih: 2 orang L18 dan 2 orang L15

Guru:
1. En. Mohd. Faris b Mohd Saie
2. En. Mohd. Haris b Hasan

11 Feb -12 Feb 2015
Sukan tara peringkat sekolah SMK DUSAJ
Acara:
11 Feb:
Larian 100M - semua kategori
Lompat jauh - semua kategori
12 Feb:
Larian 200M - semua kategori
Lontar Peluru - semua kategori

Latihan Pusat Bola Keranjang MSS Daerah Jelebu
(9, 10&13 Feb 2015)
Tempat:  Gelanggang Awam HOSAPA
Murid  Terlibat:
5 orang L18
5 orang P18
Terpilih:  3 orang L18 dan 2 orang P18

Guru:
1.  Cik Siow Yak  Fong
2.  Pn. Ng Suat Cheng


12 Feb 2015
Kejohanan Merentas Desa MSS NS
Tempat:  SMK Bukit Jalor
Murid terlibat: 9 orang
Pencapaian:  Penyertaan

Guru:
1. Pn. Normi bt Adam
2.En. Shahrizal b Husin (Jurulatih)
3. Pn. Norhazniza bt  Mat Yusof

Latihan menembak Unit beruniform - Kadet Polis
Murid terlibat:  32 orang

Guru:
En. Mohd Faisal b Lubis

13,14,15 dan 16 Feb 2015
Perkhemahan Kadet Polis
Tempat:  Kem Rimba Ilmu Juasseh
Murid terlibat: 20 orang

Guru:
1.  En. Mohd Faisal b Lubis (Kem Komander)
2. En. Shahrizal b Husin


Thursday, 19 February 2015

Sunday, 25 January 2015

Takwim kegiatan kokurikulum - 26 Jan hingga 30 Jan 2015

26 Jan 2015 (Isnin)
Pertandingan Merentas Desa Antara Rumah Sukan
Masa: 3.15 ptg
Tempat:  Trak merentas desa sekolah

Kejohanan Sepak Takraw MSSM Daerah Jelebu
Tempat:  Gelanggang Sepak Takraw SMK Undang Jelebu
Masa:  8.00 pgi
Penyertaan:  L15 (2 regu) dan L18 (1 regu)

28 Jan 2015 (Rabu)
Pertandingan Bola Keranjang MSSM Daerah Jelebu
Tempat:  Gelanggang Awam Bola Keranjang Hosapa, Titi.
Masa:  8.00 pgi.
Penyertaan:  L18

29 Jan 2015 (Khamis)
Pertandingan Merentas Desa MSSM Daerah Jelebu
Tempat:  SMK Teriang Hilir
Masa:  8.00 pgi
Penyertaan:  L18, L15, P18 dan P15



Saturday, 24 January 2015

Penataran plan pembangunan profesionalisma berterusan

Format Power Point:   penataran plan pembangunan profesionalisma berterusan ...Klik

Dokumentasi koku

Dikongsikan oleh:  Rujida Yacob
Klik

Wednesday, 21 January 2015

Kegiatan Kokurikulum - Sukan dan Permainan (1M1S)

Merentas Desa
Latihan merentas desa 1
Kategori: L18, L15, P18 & P15
Tarikh: 20 Januari 2015 (Selasa)
Latihan merentas desa 2
Tarikh: 22 Januari 2015 (Khamis)
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Tarikh: 26 Januari 2015 (Isnin)
Masa:  3.15 ptg -5.15 ptg
Jarak: 6KM - 8KM

Trek merentas desa Klik

Monday, 19 January 2015

Profil PPB


Apa itu Profil PPB Individu?
 Profil PPB Individu itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan

 "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya."

Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

 BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
 Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

 BAHAGIAN ISI FAIL

 A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

 1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. sasaran Kerja Tahunan

 B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

 1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI

 1. Senarai Tugas dan Tanggungjawab
2. Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD
 3. Penulisan/Penerbitan

 D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN

 1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian/Perancangan Strategik
 2. Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN

1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain
 3. Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain

 F. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN

 1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
 2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
 3. Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan

 Vitae Kurikulum terdiri daripada maklumat peribadi (seperti nama, alamat), rekod perkhidmatan, pencapaian, senarai kursus yang dihadiri dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Seperator Portfolio boleh edit ikut kesuaian..Klik

Rujukan:  Klik