ehebahan jpnns

Sunday, 9 November 2014

Sesat di Gunung Datuk ditemui selamat

Glausia ap Gayan, 20, berasal dari Sarawak, seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL cawangan Alor Gajah Melaka, mendaki gunung seorang diri telah ditemui dalam keadaan selamat malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (Bomba Negeri Sembilan) pada ketinggian kira-kira 263 meter yang tersesat di Gunung Datuk, Rembau.


Adalah berbahaya melakukan ekpedisi sebegini seorang diri, lebih-lebih lagi perempuan. Tetapi beliau seorang yang bernasib baiklah juga kerana membawa telefon bimbit dan dapat menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan. Bagaimana sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan jika kawasan berkenaan tiada liputan hubungan telefon bimbit...hujan lak lagi tu

Gambar hiasan

Friday, 10 October 2014

Saturday, 4 October 2014

Virus penggodam ATM dikenal pasti

Virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram. 

Symantec Corporation (Syarikat keselamatan internet) berpendapat, Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas. Berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Virus ini juga membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan. 

Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula 

Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang, 

Polis semalam mengenal pasti sindiket menggodam ATM yang dikesan sejak Jumaat lalu menggunakan virus sama iaitu ulssm.exe untuk mengeluarkan wang. Kumpulan berkenaan mensasarkan ATM model lama jenis NCR yang mudah digodam.

 Anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah melebihi RM3 juta. 

Polis juga sudah mengenalpasti beberapa suspek menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin. 


Saturday, 27 September 2014

Tiada jual di kedai... Index jisim badan(BMI) anda

Index jisim badan atau disebut juga sebagai Body Mas Index (BMI) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang.  BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu.

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, kiraan BMI boleh dibuat seperti berikut:

Ukur berat badan anda adalah dalam kilogram (KG) dan tinggi dalam meter (M)

BMI =  Berat (KG)
            Tinggi (M) X Tinggi (M)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah lihat carta
dibawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.












Atau anda boleh juga Klik disini...

Apa gunanya ada duit bertingkek-tingkek kalau badan tak sihat...kesihatan diri, sendiri mau tau beb!


Thursday, 25 September 2014

Hanya 1 klik duit dalam akaun bank tinggal "O"

Taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.
 
Malware ini akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pada telefon pintar mereka. Setelah berjaya daftar masuk, malware ini akan memaparkan pautan palsu yang meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dalam tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat.
 
Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.
 
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
 
Sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ini berada di Lembah Klang.

 Nilai kerugian yang paling banyak setakat ini ialah sebanyak RM10,000 yang berlaku di Bukit Merah, Perak, ujarnya.

 Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.
  Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yang menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine.
 
 Beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.
 
Berfikir sebelum memuat turun sebarang fail atau program serta pastikan sumber tersebut adalah yang sebenar.

Wednesday, 24 September 2014

Jalan atas tali setinggi 200 meter tanpa alat keselamatan

Julian Mittermaier (dari German) berusia 21 tahun mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter dengan ketinggian hampir 200 meter dari atas tanah selama 40 minit, tidak memakai sebarang alat keselamatan di laluan merentangi Empangan Mauvoisin (Switzerland)…Ada berani ke nak ikut aksi macam dia ni
 
aksi Julian Mitermaier

Saturday, 20 September 2014

Bola sepak perlawanan persahabatan Malaysia lwn Combodia 2014

Josep Kalang (Sarawak) wira Harimau Malaya berjaya menjaringkan 2 gol untuk mengalahkan Combodia 4-1.  Tetapi jangan lupa Combodia  berada di rangking  199 FIFA.  Malaysia...

Walaubagaimana pun syabas Harimau Malaysia

Wednesday, 10 September 2014

PAJSK 2014

ASAS PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN PAJSK • Aktiviti boleh diukur • Menggalakkan penyertaan murid • Julat penskoran yang lebih luwes • Selaras dengan elemen yang dicadangkan Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum • Mudah untuk direkod • Mudah difahami • Mudah ditaksir • Elemen dalam Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum adalah sama • Memberi faedah dan imbuhan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pada atau luar waktu persekolahan (Ekstra Kurikulum) 2

FORMAT PAJSK Terbahagi kepada TIGA (3) komponen:- • SEGAK dan BMI (Body Mass Index) • Kokurikulum • Sukan/Permainan • Kelab/Persatuan • Badan Beruniform • Ekstra Kurikulum

KOMPONEN YANG DITAKSIR DALAM PAJSK PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK) SEGAK DAN BMI KOKURIKULUM EKSTRA KURIKULUM •Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan SUKAN KELAB/ (SEGAK) BADAN BERUNIFORM Mengukur tahap /PERMAINAN PERSATUAN kecergasan Penyertaan, Penyertaan, Penyertaan, penglibatan dan penglibatan Penyertaan penglibatan dan pencapaian dan dan • Body Mass Index (BMI) pencapaian Kelab dan pencapaian penglibatan • Merekodkan tentang ketinggian Sukan dan Persatuan di Unit secara dan berat badan bagi Permainan peringkat Beruniform sukarela di menentukan tahap jisim badan. di peringkat sekolah, di peringkat sekolah /di sekolah, daerah, negeri, sekolah, daerah, negeri, daerah, negeri, luar sekolah/ kebangsaan kebangsaan kebangsaan Dalam Negara dan dan dan / Luar Negara antarabangsa antarabangsa antarabangsa Nota: Penskoran peringkat Antarabangsa dimasukkan ke Elemen Anugerah Khas dalam Ekstra Kurikulum

KOMPONEN YANG DITAKSIR DALAM PAJSK PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN & KOKURIKULUM (PAJSK) KOKURIKULUM SEGAK DAN BMI EKSTRA KURIKULUM SUKAN / KELAB / Pelaporan BADAN PERMAINAN PERSATUAN BERUNIFORM BADAN KELAB DAN SUKAN DAN BERUNIFORM Penyertaan PERMAINAN PERSATUAN (110 MARKAH) dan penglibatan (110 MARKAH) (110 MARKAH) secara sukarela di sekolah /di Semua permainan luar sekolah/ Luar Negara/ anjuran KPM Dalam Negara Nota: Penskoran peringkat Antarabangsa dimasukkan ke Elemen Anugerah Khas dalam Ekstra Kurikulum

...Siapa diantara mereka yang terbaca makluman ini yang boleh membantu...software yang sesuai bagi pengisian data PAJSK Tingkatan 3 tahun 2014

Tuesday, 26 August 2014

Ancaman siber sistem kewangan perlu ditangani

Gambar hisan
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, tahun lalu 100 juta pelanggan mengalami kecurian kad kredit dan data peribadi selepas pengkalan data cawangan jualan runcit terkemuka di Amerika diceroboh.

Beliau berkata, adalah wujud keperluan untuk memperhebatkan keselamatan siber sebagai keutamaan kearah menjadikan sistem kewangan selamat dan terjamin. 

Badan kawal selia dan industri kewangan dilihat perlu bersedia untuk menangani ancaman siber yang semakin canggih.

Risiko keselamatan siber sememangnya kompleks dan ancaman ini benar-benar wujud dan boleh membawa implikasi buruk kepada institusi kewangan dan pengguna sekiranya tidak diatasi dengan berkesan.

Kos akibat insiden ini dianggarkan mencecah AS150 Juta (RM480 Juta) bagi satu serangan siber.  Ini menunjukkan sejumlah angka yang amat besar.

Institusi kewangan mengendalikan sistem pembayaran kritikal dan menyimpan maklumat pelanggan adalah menjadi sasaran serangan keselamatan siber.

Penggunaan teknologi digital lebih canggih bagi semua sistem utama seperti platform perdagangan, gudang data dan perbankan internet, memperkenalkan sumber baru bagi isu keselamatan siber untuk menjadikan lebih sistematik adalah perlu.

Penggunaan teknologi terkini yang semakin meluas juga mendedahkan institusi kewangan kepada risiko keselamatan siber baharu yang perlu difahami dengan lebih baik, katanya.

Monday, 25 August 2014

Kepala ular tedong yang telah dipotong boleh mematuk hingga menyebabkan maut

Guangzhau:  Peng Fan seorang tukang masak dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedong.  Restoren berkenaan memang terkenal bagi menyediakan hidangan menggunakan ular tedong Indochina.  Dia mati dipatok oleh kepala ular berkenaan selepas 20 minit kepala ular itu dipotong dan dipisah dari badannya untuk dimasak.

Media melaporkan Peng hendak membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah ketika dia dipatuk.  Badan ular itu biasanya dimasak sup dan kepalanya dibuang.

Seorang pelanggan restoren, Lin Sun berkata, dia datang bersama isterinya ke restoren itu untuk meraikan hari lahir apabila keadaan tiba-tiba menjadi kecoh.  "Kami nampak ada diantara perkerja menghubungi doktor.  Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia."Katanya.

Mangsa patukan ular tedong Indochina biasanya akan mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.

Jurucakap polis berkata "Kejadian ini adalah kes luar biasa tetapi dikategori sebagai kemalangan.
Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng.  Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu tetapi malangnya tidak sempat untuk diberikan." Katanya.

Pakar ular, Yang Hong Chan berkata, "Semua reptilia boleh hidup selama 1 jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.  Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah.  Apabila kepala ular dipotong,sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan mampu mematuk" katanya. - Agensi



Saturday, 16 August 2014

Selingan...

Saturday, 9 August 2014

Sakit E-bola

Kebiasaanya bermula selesma dengan tiba-tiba diikuti dengan keletihan, demam, sakit sendi dan sakit perut.  Kemudian diikuti muntah cirit birit  dan hilang selera makan dan ada juga tekak menjadi kering, sakit dada, susah bernafas dan susah untuk menelan.  Puratanya penyakit ini hanya dapat dikesan dalam masa paling singkat 10 hari.  Sintem ruam juga adalah petanda mereka dijangkiti penyakit ini.

Ebola adalah sejenis penyakit demam berdarah yang membawa maut kepada manusia.  Sehingga hari ini tiada ubat dan rawatan yang boleh menyembuhkannya.  Penyakit ini amat berbahaya, telah mengorbankan 50% hingga 90% orang pengidapnya.  Ebola telah mula dikesan pada tahun 1976 di Sudan dan Congo (barat Afrika) dan nama "Ebola" diambil dari nama sebatang sungai.

Pembawa utama wabak penyakit ini ialah kelawar, babi, monyet, gorila dan chipenzeApabila manusia yang sihat menyetuh bendalir atau darah daripada haiwan yang telah dijangkiti ini, mereka akan dijangkiti.

Pembawa kedua ialah manusia yang telah dijangkiti iaitu merebak melalui darah, hinggus dan cecair dalam badan dan termasuklah hubungan seks dan sewaktu dengannya.  Lelaki yang  baru sembuh (7 minggu)  dari Ebola masih mampu memindahkan penyakit itu.
Selain daripada itu abu mayat mereka yang dijangkiti dan  dibakar (mengikut setengah ritual kematian) juga boleh merebakkan Ebola jika tersentoh.

Friday, 25 July 2014

UnderTaker memeluk agama Islam

Siapa sangka cempedak dah jadi nangka...ular lidi dah jadi naga


Nama Islamnya Mohammad Ismail Taker

Thursday, 17 July 2014

Peraturan Sepaktakraw SPTS 2014


Untuk persediaan Kejohanan Sepaktakraw SPTS Negeri
sumber:www.mssj.edu.my

Sunday, 6 July 2014

Penjawat awam dapat duit raya

Negeri Kelantan?... kawan belum dengar pulaq lagi

Sunday, 29 June 2014

Bazar Ramadan Kuala Klawang

Kelihatan pengunjung membeli juadah untuk persediaan berbuka puasa 

Sunday, 1 June 2014

Saturday, 31 May 2014

Laluan Senawang ke Tampin hampir dengan simpang jalan Sungai Gadut...jem gile

Keadaan sebegini berlaku pukul 14.31

Sobar jo lah... Ghombau den tak sosek ne kan Kolumpo

Saturday, 24 May 2014

Menyambut kehadiran perasmi

Ketibaan Perasmi majlis YAB Dato' Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Sebahagian daripada para guru yang hadir di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat NS yang diadakan di Dewan Grand Lukut Port Dickson

Thursday, 22 May 2014

Monday, 19 May 2014

Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlangsung

Murid-murid tingkatan 3 (Alamanda, Lavenda & Ixora) sedang menjawab soalan peperiksaan

Sunday, 18 May 2014

Baik punya celok...berhati-hati di jalan raya

Terkeluar daripada trak laluan (jalan bukit tangga) menurun bukit celok  yang pertama dari seremban menghala ke Kuala Klawang